Saturday, July 30, 2011

Bulan Ramadhan




Assalamualaikum
Hello Hello~~~ :D
Ok,korang tengok tajuk pun mesti da taw apa sebab kan..
(Yelah kan da janji nak post gak~~so,post je la an~~)

Ok,lah..
Sempena besok lusa da nak masuk 1 Ramadhan
n besok malam semua umat islam pergi menunaikan solat tarawih..
aku nak amik kesempatan lah,nak post pasal ramadhan ni n
nak bermaaf-maafan dengan korang semua..

Firstly, Saya dengan rendah dirinya dan penuh rasa hormat pada anda semua & pada ahli keluarga saya terutamanya pada ibu bapa,adik beradik saya..saya nak memohon maaf atas kesalahan & kesilapan yang telah dilakukan,Insyallah di bulan ramadhan yang mulia kelak & bulan2 seterusnya saya dapat mengubah diri saya kearah yang lebih baik dan menjadi anak & muslimah yang solehah dan serta tahu menjaga maruah diri,menjaga amal ibadat,dan menjadi anak yang bersopan dan menghormati orang yang lebih berusia daripada saya.& pada rakan-rakan saya nak minta maaf andai saya ada salah dan silap..maafkan saya andai saya terkasar bahasa pada anda semua,semoga di bulan ramadhan yang mulia,kita banyak lakukan amal ibadat pada allah s.w.t dan mohon diberkati olehNYA..

ok,Sempena Bulan Ramadhan yang Mulia yang hampir & sudah menjelang nanti n bulan2 seterusnya aku nak berpesan,meningati pada diri sendiri & dan juga semua umat islam
marilah kita

1) Banyakkan membaca al-quran
2) Banyakkan solat sunat,dan sentiasa wajib lakukan SOLAT LIMA WAKTU
3) Rajin bersedekah
4) Menjaga diri dari melakukan sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah
5) Menahan segala nafsu ( Nafsu Makan,Penglihatan & Pendengaran & Percakapan)
6) Menjaga pemakanan
7) Sentiasa beringat pada Allah

Saya hanya menyampaikan pesanan yang wajib saya sampaikan & amalkan pada diri sendiri serta semua umat islam..semoga bulan ramadhan nanti,mejadi bulan yang diberkati & dirahmati untuk diri kita semua..

(Insyallah bulan ramadhan & bulan2 seterusnya saya mengurangkan post yg berkaitan dengan K-POP or Whatever that relate to Korea)
(Satisfied,Anti K-pop Fans?)
(Saya pun manusia jugak,ada akal fikiran..jadi setiap apa yang saya post di blog saya sudah berfikir dengan sewajarnya..jadi anda harus menghormati setiap post di blog saya,tanpa keluarkan kata-kata sindiran ataupun kata-kata kesat)

~~~~ SEKIAN,THE END~~~
~~YANG BAIK/SEMPURNA DATANG DARI YANG MAHA ESA~~
~~~YANG KURANG SEMPURNA DATANG DARI SAYA~~~

No comments:

Post a Comment

Join us on Facebook