Join us on Facebook

Saturday, July 25, 2009

Perginya Sahabatku Dengan Ketenangan..

Diambil Dari Harian Metro
Kami Merindui Kamu,Syafiq
Siswa UiTM maut nahas selepas solat Jumaat
SERI ISKANDAR: Hasrat seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sri Iskandar di sini untuk pulang ke rumah sewanya selepas menunaikan solat Jumaat tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar kereta, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.00 petang itu, mangsa, Mohamad Syafiq Mohd Sharif, 18, yang berasal dari Kampung Ibol, Kupang, Kedah, maut di tempat kejadian selepas dirempuh kereta Proton Wira di Jalan Ipoh-Lumut berhadapan Masjid Seri Iskandar.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohd Fakri Che Sulaiman, berkata mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan beberapa bahagian badan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai baru selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Seri Iskandar dan dirempuh kereta terbabit ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya yang berada tidak jauh dari masjid itu.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan, sebuah kereta Proton Iswara yang dinaiki empat remaja iaitu dua lelaki dan dua perempuan terbabas di bahu jalan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Stesen Pemancar Komunikasi TLDM Seri Iskandar jam 7.50 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, dua daripada penumpang kenderaan terbabit cedera ringan dan dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk rawatan lanjut dengan bantuan orang awam, manakala seorang lagi mangsa yang cedera dibawa ambulans.
Semoga Arwah Ditempatkan Dikalangan Orang Yang Beriman..
Sedekahkan Al-Fatihah Untuk Beliau..

No comments:

Post a Comment