Join us on Facebook

Saturday, June 13, 2009

Tips Pelajar Cemerlang..


Tips Pelajar Cemerlang Ni..
Saya Amik Dari Para Blogger Jugak..
Tips Ini Dari Pakar Motivasi Kita..
Yang Sangat Terkenal..
Dato Dr.Fadzilah Kamsah

TIPS PELAJAR CEMERLANG
1)Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2)Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran
3)Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4)Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
Dan Selepas Belajar,Kita Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
5)Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum
6)Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas,Rujukla Kawan2 Apa Yang Telah Diajar
7)Mempunyai teknik membaca yang betul:
-duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-memberikan tumpuan sepanuhnya
-menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
8)Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
9)Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
10)Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
11)Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
12)Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
13)Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-jangan makan kepala ikan
-jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan
-jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-banyakkan makan kekacang
-pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu kenyang
-jangan kencing berdiri
14)Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
15)Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
16)Pelbagaikan tempat belajar.
17)Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-taat kepada Allah
-mendirikan sembahyang
-menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-hormati & sayangi guru
-bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-membantu rakan yang memerlukan
-berdoa dan bersyukur kepada Allah
-sentiasa bertawakal
-mahir dalam setiap mata pelajaran

p/s:Banyak Tips Lagi..
Tapi Ni,Bergantung Pada Kita Sendiri..
Cara Kita Belajar Dengan Niat Kita..
Kalau Da Lengkap Perkara2 Ni..
Insyallah Kita Boleh Jadi Cemerlang..Aminn

No comments:

Post a Comment