Tuesday, June 9, 2009

Ertinya Sebuah Kehidupan

Posted by Zurin Zakarya at 11:47 PM



Ertinya Sebuah Kehidupan..
Seseorang Telah Menghantar Email Pada Saya
"ERTINYA SEBUAH KEHIDUPAN YANG DILALUI OLEH MANUSIA"
Kehidupan adalah suatu yang susah hendak ditafsirkan. Tiada pernah ada kesudahan. Setiap hari adalah suatu pembaruan. Suatu permulaan... cerita buat seseorang insan.
Manusia bagai karakter bernyawa. Memainkan peranan dalam sandiwara dunia. Masalah datang untuk menduga. Keimanan insan yang bergelar manusia. Adakah tabah... ataupun kecundang. Manusia tentukan nasibnya. Allah berikan yang terbaik untuknya. Namun, kekecewaan datangnya dari kesalahan dirinya. Mereka melakonkan setiap watak... tanpa mereka sedari keadaannya.Walau mereka pergi meneruskan hidup yang dicari. Mereka bahagia dengan pilihan hati masing. Tidak ku cemburu ataupun sedih. Namun kentalnya hati mencari yang lebih memahami hati yang sunyi. Walau sunyi ku masih siuman. Memilih insan untuk bergelar teman. Teman bukan sembarang teman. Namun teman sehidup semati. Bukan tidak sabar... tapi ia adalah tuntutan. Tuntutan ugama untuk dipenuhi setiap insan.Percaya pada Allah... yang paling kritis. Percaya pada Nabi... memang penting sekali... Hormati ibu bapa... itu yang perlu diingati... Sayangi diri sendiri... juga harus dijagai.

0 comments:

Post a Comment

 

U And I Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review